Sunday, November 28, 2010

Musim Tengkujuh Leni Wok Yoh Eii...



Pengiraan zaman yang betul


Lama dop 'update' blog. Fasal lama doh tinggal kerja - kerja kelaut ni. Musim tengkujuh kang leni. Hujan saje sampai dop larat nok timba ke air yang penuh sokmo dalam fiber. Paling rezab bila hujan lebat tengah malam atau pagi. Senang - senang buat naik fiber ke darat la. Sekun terus. Tido jadi lena, mimpi yang enak -enak pom bertandang. Bila lalu tepi laut musim -musim ni, gelombang tepi pantai tu boleh tahan jugak besornya. Mari terdetik hati ni rindunya pada unjang -unjang, pada tukun -tukun, pada boya -boya berlumut karat. Lama doh orang dop bercara ke dia mesti buat ramai ikan duk main - main sana. Bole jadi ada wat main tol nusuk, tol duduk, tul jel gamoknya. Gian....

Oh ye, layan dokumentari datas, ditujukan pada sahabat - sahabat supaya celik mata yang buta tuh... jangan ajok kawan gi kelaut lagi musim ni, sebab ajakan ni se memang payoh nok tolok...

Tuesday, September 21, 2010

Tukun Korea dan Pok Awi

ALHAMDULILLAH...

Hari ni kerja cam biasa. 8.40am kawan sampai ofis (meroh nyala doh punch card) pahtu derah-derah ambik list kerja dengan Hj. Yusuf. Mujurlah se kerja je, huhu, gi tengok site di Chendering. Nok Access door, tp tulis dalam demand letter - Access point. Aduh... 10.15am gaduh-gaduh kawan balik. Sebab... sebab kawan ada komplot ngail ebek dengan Pozi dan Peza (sek leran)... Hahaha

10.30am sampai di pengkalan, dua orang tu duduk bertenggek doh atas bangsal Umor (semangat 1 Malaysia doh rasanya). Kawan dop buang masa, terus isi minyak ke tangki, peridup enjin, blahhh.. Hehe. "Gerok jugok bot kawan lepas raya ni...", bisik hati inih. Sampai je di muka kuala, GPS pulok buat hal - beteri dop rok, lama tuh.. mapuh. Aduh. Minta tolong Pozi katok-katok skit bateri - pasang balik - ada setengah bar - OKlah tu. Kawan pom go to TKOREA, strik powerk. Tengah-tengah sedap heading, mapuh plok GPS (2,3 kali). Pakai pedoman doh la. Lain kali, bateri mau kena standby banyak-banyak maa...


Pok Awi... awal tuh...

Lenang molek, macam tasik cini

Pozi, Peza, geng leran... excited ngat... bagus3...

Udang puteeeeeehhh...



Burung tok amar makan bilis


Sampai je Tukun Korea (Borobodur), Pok Awi duk parking baik punyaaa doh di boya dia... jeng nguh. Kawan ejas labuh sauh tepi dia. Lekat molek je sauh, Pok Awi ngajar ikan slalu doh. 2, 3, 4, 5 ekor . Bot kawan dop angkat ikan lagi lepas 45 minit. Nganyir sungguh Pok Awi ni... Pozi, Peza mintak kawan alih bot, ejas depan bot Pok Awi plok. Turun umpan je, dop lama tuh naik ikan dingkis... Aduh. Ingat ebek rambu rambai. Trik ni, Pozi, Peza perabis umpan ke dingkis je. Kawan duk lepak saje dulu ah sambil tunggu dingkis ni blah ke lain. Tapi kalu duk wi makan sokmo ke dia, dop lari doh wase. Hahaha. Lama tuh, alih sekali lagi ke kanan (luor tukun) tapi sama jugok. Tiba-tiba tengok Pok Awi start enjin, lari ke lain lok (datuk tu banyak lubuk...), mungkin sebab dingkis duk kacau umpan dia jugok. Kawan pom ikut isyarat kening budok dua orang tu... Haha. Gi paut pelampung tukun (ganti Pok Awi), pahtu... sraaaaappp... kawan uleh dingkis je 2,3 ekor, kuat sungguh si ikan dingkis ni kacar tekong ^_^ ... 3.30pm balik, ambik mek ah plok. Ikan buwi ke awok ni lake, wat gurih (ikan buleh sabtu baru ni dop habisan lagi dalam peti... Hehe)

Bayan(Ketarap) terkeZut dan Peza (sek makan gambor)

Barat-barat dan Pozi (barat bahang udang putih?!!!)

Ebek rambai dan Pozi, bahang jugok nge'last'-nge'last'

Saturday, September 18, 2010

Ai ai Captain DJ...

ALLAHUAKBAR...

Maring - 17/09/2010 (orang luor ganu atau kelate kata 'semalam') di rumah ayahanda kawan ada buat majlis doa selamat untuk arwah ibunda yang telah lama pergi. Lama doh sebenornya ayahanda kawan berhasrat untuk buat majlis ini, jadi jugak nge'last'-nge'last'. Akhirnya, impiannya menjadi realiti. Nok kejadinya cerita, Wan Usin pun ada (mestilah ada - Oldest brother kang!). Dibawaknya pula DJ (Captain Lanun HKT) bersama ke majlis ni. Selesai je tahlil kemudian ada makan skit-skit (Sup tulang istimewa Wan Usop), Wan Usin pom bisik, "Esok jadi botman?". Aku pom "Emm" je. Wan Usin pom ape lagi, "DJ, ni botman kita esok...". DJ senyum. Aku pom "Ai ai captain...".

Hari ni aku turun awal skit (7.30am), sebab kebiasaannya akulah yang lewat sokmo. Hehe... Sambil tunggu krew, sambil aku kunyap maruku raya. Rosik turun kelaut awal-awal pagi lagi dengan bot dia. Pukul 8 semua orang cukup - DJ, Wan Usin, Heris(Anak Abg Li Kak Nor- Wan Usin ajak) dan aku - botman. Hj Aris dop turun sebab nak sambut orang income tax nok mari ke kedai dia. Lokasi pertama : Datuk J. Lokasi kedua : borobodur/korea. Sebelum balik jumpa Pok Awi yang tengoh syok layan ebek dengan frenzynya di tepi Tukun Korea tu. DJ pom kata, "Rasa nok makan ebekkk je ari ni", Pok Awi pom suruh anak dia, "Wi..wi ebek 2, 3 ekor ke ye". Ambik toh, 4 ekor skali wi (Sebelum tu Pok Awi penoh bunyi "Wase nak makan kakap meroh je..." - berbalas ah hari ni). Dalam tong dia, waauuu, penuh ebek. Balik ke darat dalam 12.30 tghari. Ok, layan gambor daripada blackberry kawan...

p/s : Bot sendiri dop gerok-gerok lagi lepas raya ni... huhuhu









Kapal bomba duk training sembur air

Macam best je kalu tumpang mandi

Coolman punya tong

Baju biru tu - DJ

Ikan-ikan yang terkorban

Gerong belang

Kakap meroh

Kuku batu

Kerapu lilin

Sunday, July 11, 2010

Saja je... Ahad 11 Julai 2010

LAAILAAHAILLALLAH...

Hari ni kerja macam biasa, dop turun kelaut. Saja je nok menulis sesuatu... huhu
Siang tadi kawan ada masuk ke kedai Chua - Kedai Memancing Samudra, Jalan Air Jernih. Saja je masuk tengok alat-alat sambil menanya kabar spool Fream-j yang di tempah dop lama dulu. Katanya belum sampai. Katanya lagi, masa 5 bulan (paling lama atau cepat?) diperlukan untuk sampai ke Kuala Terengganu daripada tangan supplier. Wow... Agak menebeng la. Walaupun menebeng, sempat jugak kawan beli sotong tiruan yang kecik-kecik macam encik planton. Manalah tahu, kalau terserempak aya pulak lain kali.

Dop mahal, 3 riyal setengah je...

Ok, sambung bertugas.

Friday, July 9, 2010

Mengulor sawa - Rabu 7hb Jul 2010

ASTARGHFIRULLAH...

Pengkomplotan segera dengan pozi potostat.... Hahaha.... Mujurlah Najib Baba jadi hero of the day. Sebenarnya dop patut kawan ajak Pozi kalau sampai menyusahkan rakan kerja yang lain. Lepas ni, kalau gian sangat kelaut, seorang diri pun kawan sanggup. Asalkan tiada sesalan.

Pada awalnya, segalanya berjalan lancar. Tapi, tidak pernah sebelum ini, proses turun ke jeti kali ini menjadi tersangat rumit berselang kalut. Mula-mula ambik pozi, lepas tu beli udang sambil tinggal pozi pilih udang, balik ambik peralatan, ambik pozi semula, turun jeti, kunci bot tertinggal di rumah, tinggal pozi di jeti, balik umah ambik kunci, kembali ke jeti.... Akhirnya, baru la bot boleh jalan daa. Proses yang memakan masa lebih kurang 45 minit... T_T


Umpan udang putih ni murah, RM10 untuk 15 ekor. Mana nak cari wooo. Biasanya di tempat lain ianya dijual RM1 seekor. Bagus betul supplier udang kali ini. Huhuhu. Setelah menyusur sungai seperti biasa, kami terus menuju ke boya muka kuala. Jumaat lepas, banyak sungguh bot berlabuh. Kemungkinan besar menunggu sang ebek. Namun, selepas 1/2 jam menunggu dengan bosan, tiada tangkapan yang berjaya dilakukan. Kami beralih ke port bot siam tenggelam. Kawan terus turunkan bulu ngacar (apollo), guf, guf, dan hasilnya si kembong tunggal. Kawan terus sangkut kembong tu dijadikan umpan hidup (live bait). Hasilnya... Yu Minyak (Selama ni, kawan ingatkan Yu Minyak ni sebagai Yu Perejang). Melihat hasil live bait, Pozi terus pakai apollo kawan. Guf, guf, di musim-musim ikan mangsa payah ni, laris sungguh apollo yang dibuang Pozi. Kembong, tambang dan selar yang entah dari mana meyerah diri untuk menjadi umpan (special tu). Baru je kami batu ngambor(ladung) bertemu dasar, angin tenggara tib-tiba mengganas. Bibit-bibit kilat mulai timbul di awan yang menggelap di darat utara. Lama kelamaan awan tu berarak ke laut setelah angin tenggara dikalahkan oleh barat tepat. Apa lagi, cabutttttttttt.... huhu...


Alhamdulillah... kami sampai di jeti dalam 1.00 thgari dengan selamat.

Thursday, July 8, 2010

Jumaat 2hb Julai 2010

Subhanallaah... :)

Kawan dan Salman berkomplot lagi. Cuma kali ni, kami dop menjemput Mat Zu disebabkan awal-awal lagi Mok Nik sound kawan, "Mu dop payoh la ajok Mat Zu gi kelaut jumaat ni, nok ajok ye gi tahlil umah anak sedara..." - ok Mok Nik....

Laut lenang, tapi ikan ngacar takdop lagi... Beralih la bos, takdop mende... Dalam perjalanan ke lokasi '14', terserempak dengan kawanan aya, bersama tok-tok amar yang terbang beringinan mencari habuan. Kami tengok saja la aya yang berbuih-buih tu, takdop alat untuk main aya.... Sayang sungguh...

Kami mencuba peranyut kerisi macam jumaat lepas. Hasilnya, okla...

Friday, July 2, 2010

Jumaat 25hb Jun 2010

Semalam (malam semalam - jumaat malam khamis), Mat Zu, abang si Zamri sibuk mengajak-ajak turun kelaut, mahu test skill yang berkarat katanya. Hehe... Power agaknya dulu, maklum la orang lama. Partner kawan, si Zamri tu tak mahu keturun-turunan lagi kelaut sebab terkena demam piala dunia. Heran jugak ye, katanya 'gila ngail', leni jadinya 'gila bola'. Malas la aku demam kalau sebabkan sekumpulan orang yang duk sepak tanduk terajang bola carca marba dop tentu hala. Seluar pendek pulok tu, calat pala lutut.

Ajakan Mat Zu tu sebenarnya tak terlalu memberi kesan ke kawan. Namun, tengah-tengah hisab tambah tolok darab bahagi, nk turun ke tak yang sama banyak, tiba-tiba SMS daripada Salman sampai, tut tut... - "Esok kelaut ah sekali". Apa lagi, +-x/ = jadi!

Lepas selesaikan semua perkara dumah, ambik Mat Zu dan terus turun ke jeti. Salman dah tunggu dengan muka yang dop berapa sabar. Hehe... Bot baru ni sangat mengujakan, langsung tiada masalah dengan 2 orang penumpang di hadapan. Boat lama, em, sodok air, melempor-lempor ke kiri dan kanan disebabkan nisbah berat dan reka bentuk lunas serta keseluruhan yang gagal. 'Failed' sungguh LKIM kerana sanggup beli bot semacam tu ketika program dana nelayan yang kalau dop silapnya 2005. Ops... Habis cerita lama.

Sampai di muka kuala, laut tak begitu mengalu-alukan pengunjung dengan angin yang sedikit kuat dan kucah yang rancak. Dakpa lah, kalau ikutkan pengalaman lepas, boleh lagi. Set way point ke Uben, terus... Sesampainya, masing-masing menurunkan bulu pengacar. Kalau dulu, inilah unjam yang jadi rebutan disebabkan selar-selarnya yang rakus, power! Tapi hari ni, sekor selar pun dop nampak. Hanya si ikan pinang (kunyit) yang menjadi habuan bulu-bulu ngacar. Sedihnya, mana perginya ikan lain. Dari jauh kelihatan bot pukat tunda yang datang dari arah utara menuju selatan, ke arah pulau Kapas. Apa yang dibuat mereka pada hari jumaat ni? Mungkin mereka mahu kerja overtime (kerja menjahanamkan dasar laut, anak-anak ikan, ketam dan sotong!). Setelah 1 jam melayan kerenah pinang yang dop putus-putus, kucah kelihatan semakin besar dan kuat disebabkan angin barat yang membawa awan-awan yang sarat air. Kami buat keputusan beralih ke kawasan seberang takir. Laut di sana biasanya teduh sedikit daripada kucah atau ombak yang terhasil oleh angin tenggara, timur, barat(sedikit). Ini disebabkan arus yang yang keluar masuk di muka kuala sungai Terengganu meneutralkan kucah, ombak atau gelombang. Macam banyak je cerita hari ni...

Dipendekkan cerita, kami mencuba kaedah perhanyut kerisi. Hasilnya 3, 4 kilo kerisi dalam masa 2 jam. Ok la tu di masa ikan payah ni. Kata orang pendek, baik ada daripada takdop langsung. Jam 12 tghari, tolak balik ke jeti. Lepas jugak gian skit-skit... Maaf ye takdop gambar... mungkin kena beli cybershoot dengan waterproof case (air masin proof!).

Monday, June 14, 2010

2nd post

Hari ni tiada apa-apa yang menarik. Kelaut pun tak kepergian lagi, hanya resah-gelisahkan fiber yang belum beratap tu. Kalau diikutkan perancangan, jumaat lepas (11/06) tu, patutnya sudah rasmikan fiber ke laut bersama Semang, si sahabat yang sama gila ngail. Mengacar barang seekor dua selar yang gemuk-gemuk di unjang uben, anggankan kalau ada selar yang naik, boleh jugak dihulurkan kepada tegiri-tegiri lapar yang mungkin kebetulan lalu-lalang. Sayangnya, Salman batalkan program, terpaska ke majlis saudara mara di Kota Bharu. Em.... sebenarnya kalau dia tak jadi pergi pun, aku nekad tetap akan turun kelaut sebab jumaat tu diramalkan redup sangat-sangat. Masalahnya, terbangun lewat la. Hehe... tu cerita jumaat lepas.


Thursday, June 10, 2010

Bismillahirrahmanirrahim



Syukur kepada Allah Taala, dengan limpah kurnianya, panjang umur kita ke hari ni. Akhirnya, kawang(aku) boleh jugok buka blog sendiri. Tadop buat majlis-ajlis apa, makan-makan, tahlil doa selamat pun tadop. Cumanya rasa sedap gitu ah. Macam orang boleh ikan tegiri sekor. Senyum sapai ke malam, pagi pulok baru naik masam muka tu....

Kalu tengok pada nama blog ni - kelautfiber, memang sah la nak cerita pasal hal-hal kelaut dengan fiber. Fiber tu, bot gentian fiber la. Macam bot kawang kat bawah tu. Ehem...

Panjangnya 17 kaki setengah. Lebarnya membawa kepada 6 kaki. Lebih kurang gitu la bot-bot gentian fiber yang lain pom. Cuma bezanya mungkin panjang-pendeknya aje...