Monday, June 14, 2010

2nd post

Hari ni tiada apa-apa yang menarik. Kelaut pun tak kepergian lagi, hanya resah-gelisahkan fiber yang belum beratap tu. Kalau diikutkan perancangan, jumaat lepas (11/06) tu, patutnya sudah rasmikan fiber ke laut bersama Semang, si sahabat yang sama gila ngail. Mengacar barang seekor dua selar yang gemuk-gemuk di unjang uben, anggankan kalau ada selar yang naik, boleh jugak dihulurkan kepada tegiri-tegiri lapar yang mungkin kebetulan lalu-lalang. Sayangnya, Salman batalkan program, terpaska ke majlis saudara mara di Kota Bharu. Em.... sebenarnya kalau dia tak jadi pergi pun, aku nekad tetap akan turun kelaut sebab jumaat tu diramalkan redup sangat-sangat. Masalahnya, terbangun lewat la. Hehe... tu cerita jumaat lepas.


Thursday, June 10, 2010

Bismillahirrahmanirrahim



Syukur kepada Allah Taala, dengan limpah kurnianya, panjang umur kita ke hari ni. Akhirnya, kawang(aku) boleh jugok buka blog sendiri. Tadop buat majlis-ajlis apa, makan-makan, tahlil doa selamat pun tadop. Cumanya rasa sedap gitu ah. Macam orang boleh ikan tegiri sekor. Senyum sapai ke malam, pagi pulok baru naik masam muka tu....

Kalu tengok pada nama blog ni - kelautfiber, memang sah la nak cerita pasal hal-hal kelaut dengan fiber. Fiber tu, bot gentian fiber la. Macam bot kawang kat bawah tu. Ehem...

Panjangnya 17 kaki setengah. Lebarnya membawa kepada 6 kaki. Lebih kurang gitu la bot-bot gentian fiber yang lain pom. Cuma bezanya mungkin panjang-pendeknya aje...