Monday, June 14, 2010

2nd post

Hari ni tiada apa-apa yang menarik. Kelaut pun tak kepergian lagi, hanya resah-gelisahkan fiber yang belum beratap tu. Kalau diikutkan perancangan, jumaat lepas (11/06) tu, patutnya sudah rasmikan fiber ke laut bersama Semang, si sahabat yang sama gila ngail. Mengacar barang seekor dua selar yang gemuk-gemuk di unjang uben, anggankan kalau ada selar yang naik, boleh jugak dihulurkan kepada tegiri-tegiri lapar yang mungkin kebetulan lalu-lalang. Sayangnya, Salman batalkan program, terpaska ke majlis saudara mara di Kota Bharu. Em.... sebenarnya kalau dia tak jadi pergi pun, aku nekad tetap akan turun kelaut sebab jumaat tu diramalkan redup sangat-sangat. Masalahnya, terbangun lewat la. Hehe... tu cerita jumaat lepas.


No comments:

Post a Comment