ASTARGHFIRULLAH...
Pengkomplotan segera dengan pozi potostat.... Hahaha.... Mujurlah Najib Baba jadi hero of the day. Sebenarnya dop patut kawan ajak Pozi kalau sampai menyusahkan rakan kerja yang lain. Lepas ni, kalau gian sangat kelaut, seorang diri pun kawan sanggup. Asalkan tiada sesalan.
Pada awalnya, segalanya berjalan lancar. Tapi, tidak pernah sebelum ini, proses turun ke jeti kali ini menjadi tersangat rumit berselang kalut. Mula-mula ambik pozi, lepas tu beli udang sambil tinggal pozi pilih udang, balik ambik peralatan, ambik pozi semula, turun jeti, kunci bot tertinggal di rumah, tinggal pozi di jeti, balik umah ambik kunci, kembali ke jeti.... Akhirnya, baru la bot boleh jalan daa. Proses yang memakan masa lebih kurang 45 minit... T_T
Umpan udang putih ni murah, RM10 untuk 15 ekor. Mana nak cari wooo. Biasanya di tempat lain ianya dijual RM1 seekor. Bagus betul supplier udang kali ini. Huhuhu. Setelah menyusur sungai seperti biasa, kami terus menuju ke boya muka kuala. Jumaat lepas, banyak sungguh bot berlabuh. Kemungkinan besar menunggu sang ebek. Namun, selepas 1/2 jam menunggu dengan bosan, tiada tangkapan yang berjaya dilakukan. Kami beralih ke port bot siam tenggelam. Kawan terus turunkan bulu ngacar (apollo), guf, guf, dan hasilnya si kembong tunggal. Kawan terus sangkut kembong tu dijadikan umpan hidup (live bait). Hasilnya... Yu Minyak (Selama ni, kawan ingatkan Yu Minyak ni sebagai Yu Perejang). Melihat hasil live bait, Pozi terus pakai apollo kawan. Guf, guf, di musim-musim ikan mangsa payah ni, laris sungguh apollo yang dibuang Pozi. Kembong, tambang dan selar yang entah dari mana meyerah diri untuk menjadi umpan (special tu). Baru je kami batu ngambor(ladung) bertemu dasar, angin tenggara tib-tiba mengganas. Bibit-bibit kilat mulai timbul di awan yang menggelap di darat utara. Lama kelamaan awan tu berarak ke laut setelah angin tenggara dikalahkan oleh barat tepat. Apa lagi, cabutttttttttt.... huhu...
Alhamdulillah... kami sampai di jeti dalam 1.00 thgari dengan selamat.
igt kn x takut...huhu
ReplyDeleteSedap ttuh...
ReplyDelete