Sunday, May 22, 2011

Orang Kelaut Kuantan Ngamuk Doh...




Betul ah kata deme, wan69... hehe


KUANTAN, 21 Mei - Gara-gara tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan terhadap mereka, maka kira-kira 1,700 orang nelayan Kuantan mengadakan mogok dan protes besar-besaran hari ini. Protes yang diadakan berhampiran Jeti Sg.Kuantan (Taman Esplanade) itu bermula jam 11.00 pagi itu dan berakhir kira-kira jam 1.30 petang. Orang ramai yang lalu lalang dan bersantai di kawasan itu terkejut melihat beratus-ratus buah bot nelayan berlabuh secara berkumpulan di kawasan terbabit. Paling mengejutkan, majoriti daripada bot-bot tersebut didapati mengibarkan bendera UMNO. Tidak diketahui apakah motif mereka, namun apa yang jelas tindakan tersebut menyebabkan pihak berkaitan tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya menyaksikan sahaja dari jauh. Mungkin jika mereka mengibarkan bendera parti pembangkang, sudah pasti pihak berkuasa akan mengarahkan mereka bersurai agaknya. Menurut sumber, mogok tersebut bertujuan untuk menyatakan protes mereka kepada pihak kerajaan kerana memberi layanan istimewa kepada nelayan asing untuk berkeliaran di perairan negara ini. "Kami kecewa nelayan Vietnam diberikan kemudahan subsidi diesel oleh pihak kerajaan, sedangkan kami terpaksa membayar harga yang tinggi untuk membeli minyak itu", kata seorang nelayan. Menurut mereka lagi, protes terpaksa diadakan selepas melihat tiada langsung tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa akan masalah ini."Nelayan Vietnam mengganggu kawasan kami, mereka menggunakan pukat yang panjang sehingga 2 kilometer dengan dua buat bot besar (sepasang) untuk menangkap ikan di perairan negara kita. Ini menyebabkan rezeki kami merudum. Mereka dijaga oleh orang berkepentingan di Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sendiri. Orang tempatan dibiarkan menyewakan lesen menangkap ikan kepada nelayan asing. Kami sudah beberapa kali mengadu tetapi mereka abaikan. Maka itulah kami terpaksa turun memprotes hari ini", kata seorang nelayan yang jugaAJK Persatuan Nelayan Kuantan. Persoalannya sekarang, kenapa jabatan terbabit gagal bertindak sedangkan terbukti mereka menjejaskan pendapatan nelayan tempatan. Malahan majoriti nelayan tempatan juga adalah penyokong kerajaan dan merupakan ahli UMNO dan MCA itu sendiri. Kenapa mereka diabaikan dan masalah mereka tidak diselesaikan sejak sekian lama. Kenapa nelayan asing (Vietnam) boleh beroperasi di perairan negara kita, sedangkan ia jejas memperjudikan kedaulatan kita.
Difahamkan protes itu sepatutnya berlangsung hingga jam 2.00 petang, namun dek kerana kehadiran beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh maka kesemua nelayan terbabit diarahkan meninggalkan lokasi berkenaan. Ada diantara mereka marah dengan kehadiran pemimpin pembangkang, yang kononnya mengganggu kelancaran protes aman berkenaan. Dalam keadaan huru-hara seperti itu pun mereka nyata takut kepada kerajaan UMNO BN, sedangkan nasib mereka tidak dibela oleh mereka. Justeru itu, kita agak hairan dengan sikap nelayan-nelayan ini yang seolah-olah hidup dalam tekanan gara-gara mahu membuat protes mempertahankan hak-hak mereka. Kami sedang mengadakan rundingan untuk mendapatkan info lengakp berkenaan isu ini. Sesungguhnya, jika benar ada yang menyewakan lesen mereka kepada nelayan Vietnam maka itu adalah satu tindakan penderhakaan yangtidak wajar dilakukan rakyat Malaysia

3 comments: