Thursday, November 3, 2011

Ku Sangkakan Ikan, Rupanya Mat Debok!!!

Alhamdulillah, bot sudah disadai sebagai persediaan awal menghadapi musim tengkujuh ni. Enjin pom dah disangkut molek-molek pada kekudanya(pasang kuda-kuda) dumoh, comel plok napok. Kerja aman, tido pom jadi aman. Dop payoh doh pikir nok buang air bila hujan berberek terutamanya lewat tengah malam. Ramalan cuaca baru-baru ni, jabatan meteologi 1 Malaysia mengeluarkan amaran berjaga-jaga ekoran hujan luar biasa (2 kali ganda tahun lepas) pada awal november ni...

Nok dijadikan cerita, tengah sedap keja atur-atur kabel, orang umah sms bagitahu yang si Mat Debok dop balik-balik ke umah daripada pagi. Biasa ah tu, anok teruna kan, jupe awek ke, kejor katok ke, mana tau ork. Jadi kawan wat dop tahu je la. Selesai gop keje dulu, tamboh-tamboh kejor dateline nok serah 8 Nov lepas raya haji ni. Balik dari Gong Badak tu, rasa dop sedap hati je, sampai je rumah terus cari budok Debok sekor tu. Sampai kawasan reban Syed Amad, terkejut mega nguh kawan bila tengok... TENG, TENG, TENG...


Syed Amad tahan pukat atas darat kering. Baser nguh, bukan ikan guan, burung wok, ayam man atau bewok riang, tapi dop lain dan dop bukan -tangkapan Syed Amad kali ini adalah Mat Debok si kucing gatal yang malang. Kesian, seharian berhujan, berpanas dengan penuh kesukaran meloloskan diri. Operasi menyelamat berjaya dengan menggunting sebahagian pukat nilon 3 inci tu. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan dibenarkan pulang ke rumah.


Saturday, October 29, 2011

Sukatan 2T Outboard

Ini adalah maklumat yamg diperolehi daripada ewak - http://www.pancing.net/

« Reply #44 on: June 15, 2011, 07:38:18 AM »

ni perkiraan nisbah 50:1..kalu isi minyak ikut kiraan liter, lbhkurang jadikla begini..

25 liter = 500ml 2T
22 liter = >< 440ml 2T
20 liter = >< 400ml 2T
10 liter = >< 200ml 2T
1 liter = >< 20ml 2T

tp masalahnya jarang sangat isi minyak ikut liter niihh..selalunya ikut RM..bila ditukar kpd RM jadi la lbhkurang camni.. ikut rege ron95 terkini @ RM1.90/liter.. err btulkan kalo salah ye

RM1.90 = 20ml 2T
RM10.00 = >< 105ml 2T
RM20.00 = >< 210ml 2T
RM30.00 = >< 315ml 2T
RM40.00 = >< 420ml 2T
RM50.00 = >< 520ml 2T

Friday, September 23, 2011

Jumaat yang indah


23hb September 2011(Jumaat) - Maring(Kamis) turun ngan Supik dan Abang (jiran Supik merangkap tokey kedai talipon kat stesen bas) main kisi. Duk teringatkan kisi kemaman yang gemuk dan besor, nafsu ngail kisii alus tiak tu jadi kureng. Sebagai membalas dendam trip yang memboringkan maring, ari ni kita bawak Semang dan Supik lepas gian di unjam jauh. Mana lagi kalau bukan U103 yang sohor ngat leni...

Tolak 8am(rasanya janji 7.30am... ha ha ha...) sampai sana lebih kurang 9.30am (l/k 9 batu dari muka kuala). Hulur bulu ngacar, dapat lolong sekor, terus hulur wat umpan, sreeeeeeekkk... tegiri naik sekor... sedap-sedap... Semang dan Supik sibuk main bulu ngacar kedai warna pinky, frenzy jugak ngan selayang, kembong, dan... kerong... ha ha ha.. 11.30am tolok balik, 12.45pm sampai darat . Pendek benor deh masa ngail kalau dibandingkan masa keje. Kata orang lama, "kalau hati dah suka..."


Tuesday, August 23, 2011

Puasa bersama keringat dan tenggiri


Selamat Berpuasa....

23 Ogos (23 Ramadan jugak ke ek?) - Macam biasa, gi keje la pagi kul 8.30am. Tapi, tadop keje la plok nok buat, mungkin bulan-bulan poser ni keje payoh skit kot. Orang sibuk nok raya. Huhuhu... kita sibuk nok gi kelaut... :P

9.30am keluor, 10am 1 batu dari Muka Kuala, enjin buat pasal. Suis (punat n spring) enjin tercabut . Mapuh on the sport enjin ambe. T_T... Tanggung sendiri akibat mudah sangat wi ke org pinjam bot. Kita beri tu bukan ape, ingat dulu-dulu, payoh benor orang nak wi pinjam harta mende ke kita (apa lagi kalau mende yang mahal-mahal). Jadi kita pom cuba pecahkan tradisi kedekut tu. Tapi sayang... ngasor sungguh orang guna barang kita. Nak mintak ganti jauh sekali, cuma nak orang paham sudoh la. Peringat ke diri dan kawan-kawan, cermat-cermat guna barang orang lain, kalau tuan dia beralus, kita kena lagi beralussss lagi dari tuan dia. :)

Dalam keadaan yang serba payoh tu, puasa, lapor dahaga, kita tebeng jugok beki. Dopkan la nok buka puasa atas bot, nok ambik orang umah lagi balik keje - rohok doh rasa. Ikhtiar jolok situ, jolok sining, kerat wayar tu, kerat wayar ni, start dan start sampai necuh abis celah-celah jari tarik ke starta(starter) yang macam mesin rumput tu. Sementara tu, ada jugak hamba Allah (bot fiber) yang mari tanya masalah, sudi tolong tapi bila tengok dia baru keluar nak cari rezeki, berat plok mulut nak request suh tunda masuk balik ke sungai. Kita pom kata, "Dakpee la bang, gi la kelaut dulu, nanti balik kalau lalu ikut ni nampak kita, tolong la tunda neh...". Dia pom, "..." dan berlalu bergitu saja. Kita pom terus usaha beki, dan l/k 1 jam lepas tu, "Gedihgedihgedihgedihgedih...", hahaha - idup doh macam burung phoenix \(^0^)/

Alhamdulillah, enjin idup semula doh. Risikonya, enjin yang baru idup semula ni boleh ke bertahan? Tapi mari plok pemikiran yang pelik. Balik (sepatutnya lah...) atau teruskan niat kelaut ? Ok, jangan pikir panjang. Jawapannya kelaut. :P

A. Disebab umpan dah payoh memandangkan tengoh ari(11.30am), test tunda gewang area tukun pok awi. Hasilnya... (X)

B. Tuju Unjam 103 Sambil tunda gewang sejauh 5 batu. Hasilnya... (X)

C. Turunkan bulu ngacar di unjam 103, em, ada jugak umpan lolong, selayang. Terus hulur lolong dijadikan umpan. Hasilnya... Tengiri (/) \(^0^)/

Ok.. tenggiri boleh doh sekor... balik ah.. katam-katam untuk habuan rakan kongsi, dan sahabat handai. Sesape yang dop sampai tegiri sekatam tu, mitok maaf la... dop cukup la tu. Semula la deh...





Saturday, June 11, 2011

Frenzy Buntal


Allahurabbi... minggu lepas 3hb kawan turun peranyut kerisi (kisi) molek-molek ada boleh banyak. Nok dijadikan ceritanya marin kawan turun ngan Supik, bukannya kisi yang frenzy, tapi buntal (butal). Baser gamabuntal nguh... 80% daripada hookup adalah butal. Kisi kena buli dalam air agokya. Abis mata kail sesupik makan dek butal cute n cutie tu. Bravo, syabas mere betti. Kita ni dop kisah sangat, local citizen, cuma sian ke orang Kemaman la mari jauh-jauh - Mu balik lepas gian di Kemaman la deh ngan tok iman, Mat Supik... Bak kata orang-orang tua, ikan kembong di negeri orang, ikan butal di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri - sebab ikan butal boleh dieksport ke Jepun, mahal bohhh. Hahaha :P

Sunday, May 22, 2011

Orang Kelaut Kuantan Ngamuk Doh...




Betul ah kata deme, wan69... hehe


KUANTAN, 21 Mei - Gara-gara tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan terhadap mereka, maka kira-kira 1,700 orang nelayan Kuantan mengadakan mogok dan protes besar-besaran hari ini. Protes yang diadakan berhampiran Jeti Sg.Kuantan (Taman Esplanade) itu bermula jam 11.00 pagi itu dan berakhir kira-kira jam 1.30 petang. Orang ramai yang lalu lalang dan bersantai di kawasan itu terkejut melihat beratus-ratus buah bot nelayan berlabuh secara berkumpulan di kawasan terbabit. Paling mengejutkan, majoriti daripada bot-bot tersebut didapati mengibarkan bendera UMNO. Tidak diketahui apakah motif mereka, namun apa yang jelas tindakan tersebut menyebabkan pihak berkaitan tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya menyaksikan sahaja dari jauh. Mungkin jika mereka mengibarkan bendera parti pembangkang, sudah pasti pihak berkuasa akan mengarahkan mereka bersurai agaknya. Menurut sumber, mogok tersebut bertujuan untuk menyatakan protes mereka kepada pihak kerajaan kerana memberi layanan istimewa kepada nelayan asing untuk berkeliaran di perairan negara ini. "Kami kecewa nelayan Vietnam diberikan kemudahan subsidi diesel oleh pihak kerajaan, sedangkan kami terpaksa membayar harga yang tinggi untuk membeli minyak itu", kata seorang nelayan. Menurut mereka lagi, protes terpaksa diadakan selepas melihat tiada langsung tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa akan masalah ini."Nelayan Vietnam mengganggu kawasan kami, mereka menggunakan pukat yang panjang sehingga 2 kilometer dengan dua buat bot besar (sepasang) untuk menangkap ikan di perairan negara kita. Ini menyebabkan rezeki kami merudum. Mereka dijaga oleh orang berkepentingan di Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sendiri. Orang tempatan dibiarkan menyewakan lesen menangkap ikan kepada nelayan asing. Kami sudah beberapa kali mengadu tetapi mereka abaikan. Maka itulah kami terpaksa turun memprotes hari ini", kata seorang nelayan yang jugaAJK Persatuan Nelayan Kuantan. Persoalannya sekarang, kenapa jabatan terbabit gagal bertindak sedangkan terbukti mereka menjejaskan pendapatan nelayan tempatan. Malahan majoriti nelayan tempatan juga adalah penyokong kerajaan dan merupakan ahli UMNO dan MCA itu sendiri. Kenapa mereka diabaikan dan masalah mereka tidak diselesaikan sejak sekian lama. Kenapa nelayan asing (Vietnam) boleh beroperasi di perairan negara kita, sedangkan ia jejas memperjudikan kedaulatan kita.
Difahamkan protes itu sepatutnya berlangsung hingga jam 2.00 petang, namun dek kerana kehadiran beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh maka kesemua nelayan terbabit diarahkan meninggalkan lokasi berkenaan. Ada diantara mereka marah dengan kehadiran pemimpin pembangkang, yang kononnya mengganggu kelancaran protes aman berkenaan. Dalam keadaan huru-hara seperti itu pun mereka nyata takut kepada kerajaan UMNO BN, sedangkan nasib mereka tidak dibela oleh mereka. Justeru itu, kita agak hairan dengan sikap nelayan-nelayan ini yang seolah-olah hidup dalam tekanan gara-gara mahu membuat protes mempertahankan hak-hak mereka. Kami sedang mengadakan rundingan untuk mendapatkan info lengakp berkenaan isu ini. Sesungguhnya, jika benar ada yang menyewakan lesen mereka kepada nelayan Vietnam maka itu adalah satu tindakan penderhakaan yangtidak wajar dilakukan rakyat Malaysia

Saturday, March 26, 2011

Penangan Pukat Kokok /Tunda

LaailaahaillAllah...

Sejak tsunami membadai Jepun 11 Mac baru-baru ni, kawan dop berani nok turun ke laut lagi. Jangan kata kawan, orang yang memang keje kelaut pom dop berani. Yang beraninya ialah lanun-lanun pukat tunda - otak mereka hanya tau nok kaut untung je semasa nelayan-nelayan lain rehat di darat. Inilah golongan yang menjahanamkan laut kita - karam kita di sodok macam bulldozer, ikan dan sotong dop kira induk, muda, kecik, besor, halus, kasor dan benih-benih - semuanya mereka bedal. Sedihnya laut kita hari ni, ape yang tinggal untuk esok? Lesen mereka mahal sangat ke yang sampai Perikanan takboh haram-haramkan lagi bot pukat tunda ni atau paling kurang buat had musim untuk mereka yang merosakkan bumi ni? Kalau kita biar, seolah-olah seperti kita bersubahat sama. Apa lagi kalau menggalakkan lagi kegiatan mereka tu. Kawan ni bukan alim, tapi dalam kitab suci kita - Allah Taala melaknat mereka yang membuat kerosakkan pada muka bumi Dia ni...

Kawan harap, ada seseorang daripada mereka yang belajor tinggi-tinggi tu - terutamanya pelajar UMT - buat la kajian terhadap kesan kegiatan bot tunda di perairan laut cina selatan ni. Kalu dop pom, buat la untuk Kuala Terengganu sahaja. Deme masuklah Pulau Kambing tu, ambik catat hasil, tanya dagangan-dagangan hasil mereka dulu dan kini, ambik gambor anak-anak ikan, sotong yang sebesar jari kelingking tu. Dop sian ke ye? Hasil kajian tu nati deme rembas ah atas meja mentri yang puyo tu...

Oklah, malas doh kawan nok blebel pasal lanun tu selagi kerajaan wat macam lembu kenyang. Sekian

Saturday, March 19, 2011

Koyan / Serek 'Hand Made'

Alhamdulillah...

Ni, kawan ada niaga serek atau orang luer panggil loyang (eh ke koyan?) yang dibuat tangan - hand made. Mari, mari, mari, adik kakok. Masuk tengok.

Ada 3 saiz deh :

- Besor, L (Diameter - 30mm/12inci/lk 2 jengkal dewasa) = RM60
- Sederhana, M (Diameter - 22mm/8.5inci/lk 1.5 jengkal dewasa) = RM45
- Kecik, S (Diameter - 15mm/6inci/lk 1 jengkal dewasa)= RM30

Harga dop termasuk penghantaran.

Material : Sulaman tali poliester, rotan, Plastik. Jamin tahan lasak.

Warna adalah pelbagai mengikut permintaan, tapi kalau nok cepat baik deme pilih je warna yang ada dalam gambor di bowah ni.

Kaedah tempah : 1. Bagitau saiz serek. 2. Kalu turutan warna serek daripada bahagian luar ke dalam.

Contohnya : Saiz M Jingga-Biru-Kuning(gambar pertama di bawoh serek paling atas)

Kalau nok booking, mesej kawan di no 019-9386799(Padil) .

Perbezaan saiz

Tiga beranak - L, M dan S

Saiz S seme ni -comel untuk candat

Saiz M, Kuning-Hijau-Biru Muda

Yang ni kawan punya - dipadankan dengan tali 200lbs (M, kobinasi kuning + hijau) - out of stok :)

Saturday, March 5, 2011

Gedeh Di Lopok Meroh

Alhamdulillahi rabbil 'aalamin...

Lama dok nulih di blog - kulat doh gamoknya blog ambe :) - wat ngelah tulis nung, tahun lepah. Rehat lama disebabkan musin tengkujuh yang cukup 'power' - melarat hingga bulan 1 tahun ni.

Sebenornya, 2,3 kali doh kawan turun kelaut awal tahun ni dengan fiber - gi main selor, caru di unjang - ada jugak sangkut selor hidup wat umpan cuma hasil je adop. Huhu. Masa kita duk darat, orang kata ebek menjadi, tapi 'time' kita turun bawak udang putih 14 ekor - luok la 4 ekor, tu pom mapuh sebab lama sangat jadi umpan bawah laut. :p

Jadi untuk melepaskan gian dan ke'kacip'an, kawan berkomplot dengan geng ofis 2Y - Pok, Rosik Umor, Palie, Bidin dan artis-artis jemputan (Semang, Supik dan Geng palie- Zol). Awal-awal pagi Jumaat lagi kawan masuk ke komplek LKIM Pulau Kambing cari umpan - selayang dan sotong seger. Geram punya pasal, 5 kilo kawan borong selayang (rm4 sekilo). Aya itam pom murah - rm4 sekilo!!! Muroh Wok Yoh eii, gi kelaut nok modal paling kurang 2,3 puluh inggit. Beli ah senang... hehe

Lepas sembahyang jumaat, jam 3 pm berkumpul di jeti kapal layar Pulau Duyung. Trip ni main jauh(40 batu) dengan motor kelaut kelas 'A' - bkn bot fiber - cari minyok la banyok :) Tekong bot adalah abg pok - Baiiyah. Lebih kurang jam 4 pm bertolak ke destinasi. Destinasi???? Mana??? Aku pom dop tau, yang penting Palie ugut Pok - "Kalau aku napok darat, aku tikam mung...". Bidin jung pegang pisa. Haha, giler nguh.

Keluar je di muka kuala, tekong terus ambik bearing 30 darjah ke kanan, terus ke laut Ibai dalam keadaan laut yg boleh tahan bergelombang(3.0 meter). Ramai aya yang timbul bermain di permukaan laut semasa perjalanan - sah la ni musim aya. Secara ringkasnya, perjalanan trip ni main aya - ngacar umpan - parking ngail malam (arus kuat sgt - kumpau) - makan malam (aya itam goreng)- pesta pening (kuat ngat ngo-ngek!) - tido terus - bangun subuh ngail kisi - ngail gedeh di kopeh(kawasan karang) (5,6 lopok!!!) - ngacar (kurang hasil) - balik (jam 3pm sampai darat).

Hasilnya dop la banyok sangat - 3 ekor merah pucat, 8 ekor kerapu minyak, 1 ekor tembok, 1 ekor haruan tasik, +-100 ekor aya, sikit ikan-ikan ngacar . Secara individu, kawan dapat merah dan kerapu, masing-masing sekor. Selepas dibahagi-bahagi, setiap orang dapat habuan - merah (sekatam 1kg lebih), kerapu (sekor), aya (sepuluh ekor) Ok, layan gambor ah... lain kali gi pulok ye Pok... hehe


Posing yang menarik

Aya di sini-sana

Rosik ngan aya kurik menggunakan bulu single

Semang ngan aya jugok

Comelnya

Pok ngan gayanya yang tersendiri

Palie yang puyoo

Zol(kanan) syok menelan asap diesel

Bidin menunda bulu aya sambil berzikir

Kelendang menunjukkan belang

Aya yang tengoh surfing
Perbincangan lelaki sejati

RM4 sekilo

Lumayan ork?

Rosik : "Aku pantang bau ikan goreng..."

Ayoyo... sudah tido maa.. penangan bau ikan goreng

Ikan meroh palie

Kelendang yang berwibawa

Palie dan ikan merohnya

Ehem...

Jauh main ikan timun... 40 batu!


Supik dan meroh+ guan tasiknya (double hook)

Semang dan kapu
Tok peraih kita, Bidin

Pandai ngat Rosik siang ikan

Pok memberi usrah kepada peserta

Supik : "Selamat tinggal lopok ikan meroh..."

Kapal layor sesat, mari mana dop tau