Semalam (malam semalam - jumaat malam khamis), Mat Zu, abang si Zamri sibuk mengajak-ajak turun kelaut, mahu test skill yang berkarat katanya. Hehe... Power agaknya dulu, maklum la orang lama. Partner kawan, si Zamri tu tak mahu keturun-turunan lagi kelaut sebab terkena demam piala dunia. Heran jugak ye, katanya 'gila ngail', leni jadinya 'gila bola'. Malas la aku demam kalau sebabkan sekumpulan orang yang duk sepak tanduk terajang bola carca marba dop tentu hala. Seluar pendek pulok tu, calat pala lutut.
Ajakan Mat Zu tu sebenarnya tak terlalu memberi kesan ke kawan. Namun, tengah-tengah hisab tambah tolok darab bahagi, nk turun ke tak yang sama banyak, tiba-tiba SMS daripada Salman sampai, tut tut... - "Esok kelaut ah sekali". Apa lagi, +-x/ = jadi!
Lepas selesaikan semua perkara dumah, ambik Mat Zu dan terus turun ke jeti. Salman dah tunggu dengan muka yang dop berapa sabar. Hehe... Bot baru ni sangat mengujakan, langsung tiada masalah dengan 2 orang penumpang di hadapan. Boat lama, em, sodok air, melempor-lempor ke kiri dan kanan disebabkan nisbah berat dan reka bentuk lunas serta keseluruhan yang gagal. 'Failed' sungguh LKIM kerana sanggup beli bot semacam tu ketika program dana nelayan yang kalau dop silapnya 2005. Ops... Habis cerita lama.
Sampai di muka kuala, laut tak begitu mengalu-alukan pengunjung dengan angin yang sedikit kuat dan kucah yang rancak. Dakpa lah, kalau ikutkan pengalaman lepas, boleh lagi. Set way point ke Uben, terus... Sesampainya, masing-masing menurunkan bulu pengacar. Kalau dulu, inilah unjam yang jadi rebutan disebabkan selar-selarnya yang rakus, power! Tapi hari ni, sekor selar pun dop nampak. Hanya si ikan pinang (kunyit) yang menjadi habuan bulu-bulu ngacar. Sedihnya, mana perginya ikan lain. Dari jauh kelihatan bot pukat tunda yang datang dari arah utara menuju selatan, ke arah pulau Kapas. Apa yang dibuat mereka pada hari jumaat ni? Mungkin mereka mahu kerja overtime (kerja menjahanamkan dasar laut, anak-anak ikan, ketam dan sotong!). Setelah 1 jam melayan kerenah pinang yang dop putus-putus, kucah kelihatan semakin besar dan kuat disebabkan angin barat yang membawa awan-awan yang sarat air. Kami buat keputusan beralih ke kawasan seberang takir. Laut di sana biasanya teduh sedikit daripada kucah atau ombak yang terhasil oleh angin tenggara, timur, barat(sedikit). Ini disebabkan arus yang yang keluar masuk di muka kuala sungai Terengganu meneutralkan kucah, ombak atau gelombang. Macam banyak je cerita hari ni...
Dipendekkan cerita, kami mencuba kaedah perhanyut kerisi. Hasilnya 3, 4 kilo kerisi dalam masa 2 jam. Ok la tu di masa ikan payah ni. Kata orang pendek, baik ada daripada takdop langsung. Jam 12 tghari, tolak balik ke jeti. Lepas jugak gian skit-skit... Maaf ye takdop gambar... mungkin kena beli cybershoot dengan waterproof case (air masin proof!).