Saturday, March 26, 2011

Penangan Pukat Kokok /Tunda

LaailaahaillAllah...

Sejak tsunami membadai Jepun 11 Mac baru-baru ni, kawan dop berani nok turun ke laut lagi. Jangan kata kawan, orang yang memang keje kelaut pom dop berani. Yang beraninya ialah lanun-lanun pukat tunda - otak mereka hanya tau nok kaut untung je semasa nelayan-nelayan lain rehat di darat. Inilah golongan yang menjahanamkan laut kita - karam kita di sodok macam bulldozer, ikan dan sotong dop kira induk, muda, kecik, besor, halus, kasor dan benih-benih - semuanya mereka bedal. Sedihnya laut kita hari ni, ape yang tinggal untuk esok? Lesen mereka mahal sangat ke yang sampai Perikanan takboh haram-haramkan lagi bot pukat tunda ni atau paling kurang buat had musim untuk mereka yang merosakkan bumi ni? Kalau kita biar, seolah-olah seperti kita bersubahat sama. Apa lagi kalau menggalakkan lagi kegiatan mereka tu. Kawan ni bukan alim, tapi dalam kitab suci kita - Allah Taala melaknat mereka yang membuat kerosakkan pada muka bumi Dia ni...

Kawan harap, ada seseorang daripada mereka yang belajor tinggi-tinggi tu - terutamanya pelajar UMT - buat la kajian terhadap kesan kegiatan bot tunda di perairan laut cina selatan ni. Kalu dop pom, buat la untuk Kuala Terengganu sahaja. Deme masuklah Pulau Kambing tu, ambik catat hasil, tanya dagangan-dagangan hasil mereka dulu dan kini, ambik gambor anak-anak ikan, sotong yang sebesar jari kelingking tu. Dop sian ke ye? Hasil kajian tu nati deme rembas ah atas meja mentri yang puyo tu...

Oklah, malas doh kawan nok blebel pasal lanun tu selagi kerajaan wat macam lembu kenyang. Sekian

Saturday, March 19, 2011

Koyan / Serek 'Hand Made'

Alhamdulillah...

Ni, kawan ada niaga serek atau orang luer panggil loyang (eh ke koyan?) yang dibuat tangan - hand made. Mari, mari, mari, adik kakok. Masuk tengok.

Ada 3 saiz deh :

- Besor, L (Diameter - 30mm/12inci/lk 2 jengkal dewasa) = RM60
- Sederhana, M (Diameter - 22mm/8.5inci/lk 1.5 jengkal dewasa) = RM45
- Kecik, S (Diameter - 15mm/6inci/lk 1 jengkal dewasa)= RM30

Harga dop termasuk penghantaran.

Material : Sulaman tali poliester, rotan, Plastik. Jamin tahan lasak.

Warna adalah pelbagai mengikut permintaan, tapi kalau nok cepat baik deme pilih je warna yang ada dalam gambor di bowah ni.

Kaedah tempah : 1. Bagitau saiz serek. 2. Kalu turutan warna serek daripada bahagian luar ke dalam.

Contohnya : Saiz M Jingga-Biru-Kuning(gambar pertama di bawoh serek paling atas)

Kalau nok booking, mesej kawan di no 019-9386799(Padil) .

Perbezaan saiz

Tiga beranak - L, M dan S

Saiz S seme ni -comel untuk candat

Saiz M, Kuning-Hijau-Biru Muda

Yang ni kawan punya - dipadankan dengan tali 200lbs (M, kobinasi kuning + hijau) - out of stok :)

Saturday, March 5, 2011

Gedeh Di Lopok Meroh

Alhamdulillahi rabbil 'aalamin...

Lama dok nulih di blog - kulat doh gamoknya blog ambe :) - wat ngelah tulis nung, tahun lepah. Rehat lama disebabkan musin tengkujuh yang cukup 'power' - melarat hingga bulan 1 tahun ni.

Sebenornya, 2,3 kali doh kawan turun kelaut awal tahun ni dengan fiber - gi main selor, caru di unjang - ada jugak sangkut selor hidup wat umpan cuma hasil je adop. Huhu. Masa kita duk darat, orang kata ebek menjadi, tapi 'time' kita turun bawak udang putih 14 ekor - luok la 4 ekor, tu pom mapuh sebab lama sangat jadi umpan bawah laut. :p

Jadi untuk melepaskan gian dan ke'kacip'an, kawan berkomplot dengan geng ofis 2Y - Pok, Rosik Umor, Palie, Bidin dan artis-artis jemputan (Semang, Supik dan Geng palie- Zol). Awal-awal pagi Jumaat lagi kawan masuk ke komplek LKIM Pulau Kambing cari umpan - selayang dan sotong seger. Geram punya pasal, 5 kilo kawan borong selayang (rm4 sekilo). Aya itam pom murah - rm4 sekilo!!! Muroh Wok Yoh eii, gi kelaut nok modal paling kurang 2,3 puluh inggit. Beli ah senang... hehe

Lepas sembahyang jumaat, jam 3 pm berkumpul di jeti kapal layar Pulau Duyung. Trip ni main jauh(40 batu) dengan motor kelaut kelas 'A' - bkn bot fiber - cari minyok la banyok :) Tekong bot adalah abg pok - Baiiyah. Lebih kurang jam 4 pm bertolak ke destinasi. Destinasi???? Mana??? Aku pom dop tau, yang penting Palie ugut Pok - "Kalau aku napok darat, aku tikam mung...". Bidin jung pegang pisa. Haha, giler nguh.

Keluar je di muka kuala, tekong terus ambik bearing 30 darjah ke kanan, terus ke laut Ibai dalam keadaan laut yg boleh tahan bergelombang(3.0 meter). Ramai aya yang timbul bermain di permukaan laut semasa perjalanan - sah la ni musim aya. Secara ringkasnya, perjalanan trip ni main aya - ngacar umpan - parking ngail malam (arus kuat sgt - kumpau) - makan malam (aya itam goreng)- pesta pening (kuat ngat ngo-ngek!) - tido terus - bangun subuh ngail kisi - ngail gedeh di kopeh(kawasan karang) (5,6 lopok!!!) - ngacar (kurang hasil) - balik (jam 3pm sampai darat).

Hasilnya dop la banyok sangat - 3 ekor merah pucat, 8 ekor kerapu minyak, 1 ekor tembok, 1 ekor haruan tasik, +-100 ekor aya, sikit ikan-ikan ngacar . Secara individu, kawan dapat merah dan kerapu, masing-masing sekor. Selepas dibahagi-bahagi, setiap orang dapat habuan - merah (sekatam 1kg lebih), kerapu (sekor), aya (sepuluh ekor) Ok, layan gambor ah... lain kali gi pulok ye Pok... hehe


Posing yang menarik

Aya di sini-sana

Rosik ngan aya kurik menggunakan bulu single

Semang ngan aya jugok

Comelnya

Pok ngan gayanya yang tersendiri

Palie yang puyoo

Zol(kanan) syok menelan asap diesel

Bidin menunda bulu aya sambil berzikir

Kelendang menunjukkan belang

Aya yang tengoh surfing
Perbincangan lelaki sejati

RM4 sekilo

Lumayan ork?

Rosik : "Aku pantang bau ikan goreng..."

Ayoyo... sudah tido maa.. penangan bau ikan goreng

Ikan meroh palie

Kelendang yang berwibawa

Palie dan ikan merohnya

Ehem...

Jauh main ikan timun... 40 batu!


Supik dan meroh+ guan tasiknya (double hook)

Semang dan kapu
Tok peraih kita, Bidin

Pandai ngat Rosik siang ikan

Pok memberi usrah kepada peserta

Supik : "Selamat tinggal lopok ikan meroh..."

Kapal layor sesat, mari mana dop tau